Collector
Perketatkan pemilihan, pantau perunding kutipan zakat - Mufti | Collector
Perketatkan pemilihan, pantau perunding kutipan zakat - Mufti
Sinar Harian

Perketatkan pemilihan, pantau perunding kutipan zakat - Mufti

SHAH ALAM - Majlis agama Islam negeri-negeri perlu perketatkan pemilihan dan pemantauan terhadap perunding atau ejen yang dilantik membuat pungutan zakat bagi mengelak sebarang penyelewengan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan ini penting dalam memastikan agihan zakat sampai kepada yang berhak.Menurut beliau, secara undang-undang pelantikan perunding atau ejen dalam urusan pungutan zakat adalah dibolehkan dan sah."Tapi pihak berwajib perlu lebih berhati-hati dan sentiasa memantau urusan yang dijalankan supaya tidak berlaku sebarang unsur penyelewengan."Kontroversi yang berlaku ketika ini melibatkan penahanan beberapa individu kerana disyaki terlibat menyeleweng dana bukan sahaja mengejutkan, malah turut menjadi iktibar kepada semua pihak untuk tidak memandang ringan sebarang perkara," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Go to News Site