Collector
Pemandu ‘lalok’ cuba lari sekatan, akhirnya dicekup | Collector
Pemandu ‘lalok’ cuba lari sekatan, akhirnya dicekup
Sinar Harian

Pemandu ‘lalok’ cuba lari sekatan, akhirnya dicekup

PONTIAN – Cubaan seorang lelaki tempatan melarikan diri daripada sekatan jalan raya gagal apabila dia berjaya ditahan selepas dikejar polis dalam Op Pematuhan di Jalan Kampung Sungai Karang, pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, suspek berusia 37 tahun yang memandu kereta jenis Honda City dilihat dalam keadaan mencurigakan.Jelas beliau, suspek diarahkan berhenti oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.Bagaimanapun, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan memecut kenderaannya serta memandu secara berbahaya, termasuk memotong kenderaan lain secara melulu bagi mengelak ditahan."Polis kemudian mengejar kenderaan tersebut dari lokasi sekatan sebelum berjaya menahannya di Kilometer 15 Jalan Pontian-Kukup, berhampiran Jalan Berbatu."Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan dan kenderaan tidak menemui sebarang barang salah. Namun, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan.Menurut Hadzrat Hussien, semakan rekod lampau turut mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas."Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Jika sabit kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara, denda serta hilang kelayakan lesen memandu," katanya.Dalam operasi sama ujarnya, seramai 60 individu dan 47 kenderaan diperiksa dengan 12 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai ekzos, tiada lesen memandu dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran.Beliau menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan trafik terutama melibatkan pemanduan berbahaya atau di bawah pengaruh dadah.

Go to News Site