Collector
Dakwa 'Iqra pink' dicetak tanpa izin, gurul al-Quran nasihat pengguna hati-hati | Collector
Dakwa 'Iqra pink' dicetak tanpa izin, gurul al-Quran nasihat pengguna hati-hati
Sinar Harian

Dakwa 'Iqra pink' dicetak tanpa izin, gurul al-Quran nasihat pengguna hati-hati

SHAH ALAM - Seorang guru al-Quran menggesa orang ramai berhati-hati menggunakan buku Iqra berwarna merah jambu atau 'Iqra pink' dan beralih kepada versi yang dicetak secara sah susulan dakwaan ia merupakan bahan cetak rompak.Asyraf Sayf menjelaskan, isu tersebut tular selepas gambarnya serta kapsyen berkaitan bahan bacaan itu tersebar luas termasuk di luar negara.Menurutnya, iqra pink tidak lagi diterbitkan secara sah sejak tahun 2005 susulan pembubaran syarikat yang bertanggungjawab mencetak naskhah tersebut iaitu Darul Kitab."Darul Kitab merupakan anak syarikat kepada Darul Fikir iaitu pihak yang memegang lesen rasmi bagi penerbitan Iqra di Malaysia."Namun selepas operasi syarikat itu dihentikan, pencetakan versi berkenaan tidak lagi dijalankan secara sah."Tetapi yang menjadi misterinya, Iqra pink masih lagi dicetak hingga ke saat ini tanpa keizinan Darul Fikir," katanya.Dalam masa sama beliau turut mengingatkan guru dan ibu bapa lebih peka dalam penggunaan bahan tersebut serta mempertimbangkan penggunaan versi yang sah serta diiktiraf.Sementara itu beliau turut menjelaskan, penggunaan bahan pembelajaran al-Quran perlu mengambil kira kesesuaian dengan tulisan rasm Uthmani bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelajar, khususnya kanak-kanak.Malah ujarnya, perkara itu penting memandangkan semua naskhah al-Quran yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika ini adalah berasaskan tulisan rasm Uthmani.Menurutnya, terdapat persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai sama ada bahan yang tidak menggunakan rasm Uthmani boleh digunakan atau sebaliknya."Ia bukan soal boleh atau tidak, tetapi perlu difahami bahawa keseluruhan al-Quran yang diluluskan untuk bacaan umum hari ini menggunakan tulisan rasm Uthmani."Jika pembelajaran bermula dengan tulisan yang tidak mengikut rasm Uthmani, ia boleh menyebabkan kekeliruan apabila pelajar beralih kepada al-Quran sebenar," tegasnya.

Go to News Site