Sinar Harian
SERDANG –Taktik sindiket menjadikan sebuah rumah teres sebagai lokasi menyimpan rokok seludup terbongkar dalam serbuan di Taman Sri Serdang di sini pada Rabu.Serbuan kira-kira jam 8 malam dijalankan sepasukan anggota Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman itu turut memberkas lima individu.Komander WCB/PSK KDNKA Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi berkenaan berjaya membongkar kegiatan penyimpanan dan pengedaran rokok tidak bercukai kastam yang dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang.Menurutnya, lima suspek ditahan termasuk seorang penyelia berusia lingkungan 30 hingga 40-an bagi membantu siasatan."Pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemukan sejumlah besar rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai kastam disimpan di beberapa bahagian premis termasuk ruang tamu, bilik utama, bilik kedua, ruang stor dan ruang rehat."Kesemua rokok ini dipercayai untuk pasaran tempatan dan juga diedarkan ke luar negara," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, rokok yang dirampas terdiri daripada pelbagai jenama."Jumlah keseluruhan rampasan melibatkan 5,111 karton rokok pelbagai jenis."Nilai rampasan sebenar dianggarkan berjumlah RM1.02 juta, manakala keseluruhan nilai termasuk cukai dianggarkan mencecah RM1.28 juta," katanya.Mohd Zaki berkata, sindiket berkenaan dipercayai menjadikan rumah teres tersebut sebagai stor penyimpanan sebelum rokok berkenaan diedarkan ke pasaran."Hasil risikan mendapati kegiatan itu dilakukan secara tersusun bagi mengaburi pihak berkuasa."Operasi ini berjaya mematahkan rangkaian sindiket penyimpanan, pengedaran dan penjualan rokok tanpa cukai kastam di sekitar Lembah Klang," katanya.Tambah beliau, semua tangkapan dan barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
Go to News Site