Collector
Warga emas maut, polis siasat kes bunuh | Collector
Warga emas maut, polis siasat kes bunuh
Sinar Harian

Warga emas maut, polis siasat kes bunuh

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di sebuah kediaman di Kampung Masjid, Baung Bayam di sini pada Isnin.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 6.30 petang pada Selasa.Menurut beliau, seorang individu telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi apabila mangsa cedera di bahagian kepala dalam satu insiden di rumahnya."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang perselisihan faham atau pertengkaran sebelum itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohd Yusoff berkata, mangsa kemudian dibawa ahli keluarga ke sebuah klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.Katanya, mangsa ditempatkan di Zon Merah hospital berkenaan dan diberikan rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke wad.Bagaimanapun ujarnya, mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan."Hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik HRPZ II mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan daya tumpul pada kepala sehingga menyebabkan keretakan tulang tengkorak serta pendarahan dalam otak," katanya.Ujar Mohd Yusoff, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.Katanya, sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.

Go to News Site