Collector
Pusat hiburan diserbu, 37 warga asing ditahan | Collector
Pusat hiburan diserbu, 37 warga asing ditahan
Sinar Harian

Pusat hiburan diserbu, 37 warga asing ditahan

JOHOR BAHRU – Seramai 37 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, pada malam Selasa.Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata,operasi bermula kira-kira jam 11 malam itu dijalankan hasil risikan dan pemantauan rapi terhadap premis yang disyaki menggaji serta melindungi warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah.Jelas beliau, dalam serbuan berkenaan, seorang lelaki tempatan dipercayai pengurus premis turut ditahan bagi membantu siasatan."Hasil pemeriksaan mendapati warga asing yang ditahan terdiri daripada pelbagai negara termasuk Thailand, Filipina, Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, China dan Vietnam, dengan majoritinya wanita dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan."Kesemua individu berusia antara 20 hingga 53 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta PeraturanPeraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan.Menurut beliau, kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut, manakala satu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu proses siasatan."JIM Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam menggaji atau melindungi PATI."JIM akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang serta memastikan keselamatan negara terus terpelihara," katanya lagi.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan menyeru kerjasama berterusan dalam memerangi isu penyeludupan migran serta pemerdagangan manusia.

Go to News Site