Collector
Anggota polis risikokan nyawa bantu selamat mangsa banjir | Collector
Anggota polis risikokan nyawa bantu selamat mangsa banjir
Sinar Harian

Anggota polis risikokan nyawa bantu selamat mangsa banjir

PETALING JAYA – Tular video memaparkan keberanian anggota polis yang sanggup merisikokan keselamatan diri bagi membantu pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kejadian banjir di sebuah terowong di Ara Damansara baru-baru ini.Rakaman berdurasi beberapa saat yang dikongsikan di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia itu memaparkan anggota dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bertindak pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa.Menurut hantaran tersebut, kejadian berlaku di Terowong FAS, Jalan PJU 1A/4F apabila beberapa kenderaan dipercayai terkandas akibat banjir kilat.Empat anggota terlibat dikenal pasti sebagai Koperal Ahmad Safuan Zulkipli, Koperal Hisham Hashim, Lans Koperal Mohamad Taufik Ibrahim dan Lans Koperal Muhammad Hafiz Azmi."Mereka bertindak membantu menolak kenderaan yang terkandas selain memindahkan mangsa ke lokasi lebih selamat," menurut hantaran itu.Tindakan itu didorong oleh faktor keselamatan serta tahap keprihatinan tinggi terhadap orang awam yang terjejas.Difahamkan, semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.Perkongsian video tersebut turut meraih perhatian warga maya yang memuji tindakan pantas dan keberanian anggota terbabit.Dalam masa sama, ia mencerminkan nilai integriti, empati serta komitmen anggota Sang Saka Biru dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Go to News Site