Sinar Harian
SHAH ALAM - Pemergian juruhebah dan penyampai berita radio terkenal, Mariamah Tijo merupakan kehilangan besar dalam bidang penyiaran.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Allahyarhamah merupakan seorang tokoh legenda bersuara emas.Menurutnya, ramai rakyat Malaysia membesar dengan mendengar suara Allahyarhamah yang menceriakan siaran radio sejak beberapa dekad lalu."Allahyarhamah berkhidmat dengan RTM sebagai juruhebah dan penyampai radio sejak 1970-an hingga 2006. Satu perjalanan panjang yang penuh dedikasi dan jasa."Pada tahun 2024, saya telah menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Allahyarhamah menerusi anaknya sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap warga media," katanya dalam kenyataan.Mariamah dilaporkan meninggal dunia pada Khamis, manakala berita pemergian itu dikongsikan anaknya, Hatta Othman menerusi laman sosial Facebook.Fahmi turut mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman."Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah. Al-Fatihah," katanya.
Go to News Site