Collector
Kuota tambahan 1,000 jemaah haji sudah diuruskan TH | Collector
Kuota tambahan 1,000 jemaah haji sudah diuruskan TH
Sinar Harian

Kuota tambahan 1,000 jemaah haji sudah diuruskan TH

KOTA BHARU - Kuota tambahan 1,000 jemaah haji yang diperoleh baru-baru ini telah diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berdasarkan senarai menunggu sedia ada.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, proses penentuan penerima kuota berkenaan dilaksanakan oleh TH mengikut budi bicara dan mekanisme yang ditetapkan oleh agensi itu.Menurut beliau, kuota tambahan tersebut merupakan perkembangan penting susulan permohonan yang dibuat oleh kerajaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji tahun ini."Kuota tambahan itu pihak TH sudah diuruskan, Alhamdulillah."Kita sudah ada senarai menunggu sejak Februari lagi, jadi TH menguruskan siapa yang layak menerima kuota tambahan tersebut," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu, beliau menyantuni pelajar tadika yang menyertai kursus haji cilik di Masjid Jamek Muhammadi di sini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan rayuan haji dan status pengagihan kuota tambahan berkenaan.Marhamah memberitahu, ketika ini penerbangan jemaah haji Malaysia juga sudah bermula dan jumlah keseluruhan jemaah sewajarnya telah dimuktamadkan.Ujarnya, permohonan rayuan secara rasmi sebenarnya telah ditutup sejak Februari lalu, namun masih terdapat pelbagai permintaan yang dikemukakan melalui pelbagai saluran termasuk kementerian."Rayuan ini sangat banyak. Ada yang dibuat secara rasmi kepada TH dan ada juga memohon melalui menteri-menteri."Bagaimanapun, data terperinci berkaitan jumlah rayuan yang berjaya atau keseluruhan permohonan perlu dirujuk kepada pihak TH," katanya.Beliau turut menasihatkan pemohon yang belum berjaya tahun ini agar terus bersabar dan mendoakan peluang menunaikan haji pada musim akan datang."Sekiranya tahun ini tidak dapat, doalah untuk tahun depan."Kalau bukan sekarang rezeki kita, insya-ALLAH akan sampai masa yang tepat," katanya.

Go to News Site