Collector
Sasar satu Madani Mart setiap DUN, perluas akses barangan asas mampu milik | Collector
Sasar satu Madani Mart setiap DUN, perluas akses barangan asas mampu milik
Sinar Harian

Sasar satu Madani Mart setiap DUN, perluas akses barangan asas mampu milik

SHAH ALAM - Inisiatif Madani Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai sebahagian visi capaian nasional bagi memastikan lebih ramai rakyat di seluruh negara mendapat akses kepada barangan keperluan pada harga yang berpatutan.Pengurus Yayasan Madani, Lutfi Mohd Ariffin berkata, pengembangan outlet akan dipacu berdasarkan kesiapsiagaan serta kekuatan rantaian bekalan, agar pertumbuhan Madani Mart kekal terkawal, mampan dan berdaya tahan.Menurutnya, Madani Mart tidak menggunakan model yang sama seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan tidak adil untuk mengunjurkan kegagalan inisiatif terdahulu ke atas Madani Mart atau mana-mana pendekatan baharu."Madani Mart juga tidak bergantung kepada dana kerajaan atau mana-mana syarikat tunggal untuk membiayai CAPEX dan OPEX."Setiap outlet dimiliki dan diusahakan secara individu, didorong oleh komitmen serta pelaburan pihak operator sendiri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tegas beliau, walaupun dengan saiz kedai sederhana iaitu dua lot kedai, setiap outlet tetap mendapat kelebihan seumpama rangkaian peruncit besar."Ini kerana Yayasan Madani bertindak sebagai pembina ekosistem dan inkubator, yang membolehkan pencapaian economies of scale melalui penyelarasan rantaian bekalan, sistem sokongan berpusat dan kerangka operasi yang tersusun," katanya.Jelas beliau lagi, struktur dan operasi Madani Mart turut dibangunkan dengan input profesional termasuk pakar dalam ekosistem runcit dan rantaian bekalan.Pada masa sama, enam pusat pengedaran (DC) akan diwujudkan di seluruh negara bagi menyokong kelompok cawangan mengikut zon tertentu."Setiap DC berperanan membina jumlah pembelian, mengoptimumkan kecekapan logistik serta memastikan kestabilan harga," katanya.Di samping itu, beliau berkata, Madani Mart juga memperkukuh kerjasama strategik bersama kerajaan melalui pelaksanaan program seperti Jualan Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)."Ia bagi memperluaskan akses rakyat kepada barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan, sekali gus menyokong agenda kesejahteraan kos sara hidup negara," katanya.

Go to News Site