Collector
Bekas hakim, pegawai kanan antara calon sesuai terajui SPRM - MCW | Collector
Bekas hakim, pegawai kanan antara calon sesuai terajui SPRM - MCW
Sinar Harian

Bekas hakim, pegawai kanan antara calon sesuai terajui SPRM - MCW

SHAH ALAM – Bekas hakim serta pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpengalaman antara kelompok paling sesuai dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Ketua Pesuruhjaya baharu agensi itu.Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, fokus utama dalam pelantikan itu bukan sekadar kepada individu yang bakal dipilih, sebaliknya perlu menitikberatkan kriteria dan asas pemilihan yang mampu memperkukuh institusi berkenaan."Terdapat dua kelompok utama yang paling sesuai dipertimbangkan iaitu bekas hakim dan pegawai kanan SPRM yang berpengalaman."Bekas hakim mempunyai kelebihan dari segi kefahaman mendalam terhadap undang-undang, prinsip keadilan serta integriti selain lazimnya bebas daripada pengaruh politik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, kelompok itu juga berupaya membuat keputusan secara objektif dan berprinsip memandangkan SPRM bukan sekadar agensi penyiasatan, tetapi institusi yang perlu diyakini sepenuhnya oleh rakyat.Dalam masa sama, beliau berkata, pegawai kanan SPRM pula memiliki pengalaman langsung dalam operasi siasatan dan penguatkuasaan rasuah."Mereka memahami struktur dalaman, risiko serta cabaran sebenar selain mampu memastikan kesinambungan dan kestabilan organisasi," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada individu yang tidak mempunyai sebarang kaitan politik serta memiliki rekod integriti yang bersih."Calon juga perlu dihormati oleh rakan sekerja dan komuniti penguatkuasaan," katanya.Mengulas lanjut, Jais berkata, terdapat beberapa kriteria kritikal yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu."Antaranya ialah bebas sepenuhnya daripada pengaruh politik, mempunyai rekod integriti tidak tercalar serta berani dan tegas dalam membuat keputusan termasuk terhadap pihak berkepentingan tinggi."Selain itu, calon perlu mempunyai keyakinan awam dan dilihat benar-benar neutral, bukan sekadar neutral," katanya.Beliau berkata, pelantikan tersebut perlu menjadi titik perubahan dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap SPRM."MCW yakin di bawah kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pelantikan ini akan dibuat dengan penuh pertimbangan demi kepentingan negara."Perkara paling penting ialah memastikan SPRM benar-benar bebas, profesional dan tidak tunduk kepada mana-mana kuasa," katanya.Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.Titah baginda, tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara tersebut.Titah baginda lagi, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Go to News Site