Collector
Skandal NexG: Abu Hanifah jangan dilihat lindungi salah laku - MCW | Collector
Skandal NexG: Abu Hanifah jangan dilihat lindungi salah laku - MCW
Sinar Harian

Skandal NexG: Abu Hanifah jangan dilihat lindungi salah laku - MCW

KUALA LUMPUR – Selepas membuat laporan polis mengenai skandal NexG Berhad, Malaysia Corruption Watch (MCW) menghantar memorandum kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma tersebut, Datuk Abu Hanifah Noordin agar meneruskan siasatan dalaman ke atas Victor Chin yang pernah menjadi Ketua Pegawai Operasi (COO).Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan Abu Hanifah dan pengurusan semasa syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembekalan MyKad, MyTentera dan MyPOCA (struktur baharu) untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilihat melindungi dakwaan salah laku."Sebagai syarikat yang membekalkan pelbagai dokumen penting negara untuk rakyat, NexG harus mengelakkan daripada berdepan isu integriti dan salah laku dengan menjelaskan kepada umum mengenai skandal membabitkan Victor Chin yang sudah berlarutan sekian lama."Bukan sahaja pemegang saham NexG, malah rakyat negara ini juga berhak untuk mendapat maklumat yang benar dan tepat mengenai pelbagai dakwaan salah laku membabitkan Victor Chin kerana duit cukai daripada rakyat disalurkan kepada NexG menerusi kontrak pembekalan tersebut," jelasnya.Penyerahan memorandum tersebut membabitkan dakwaan serius mengenai penyalahgunaan dana syarikat berjumlah RM303.7 juta semasa tempoh Victor Chin Boon Long memegang jawatan COO NexG Bhd sekitar November 2024 hingga September 2025.Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, melabel Victor Chin Boon Long sebagai ‘syaitan korporat’ dalam satu sidang media khas bagi menafikan pembabitannya dalam skandal ‘Mafia Korporat’.Kontroversi ini turut berkisar kepada transaksi saham MMAG Holdings Bhd melibatkan isteri Victor Chin, Chan Swee Ying, yang dilaporkan melupuskan 9.53 peratus kepentingan (220 juta saham) bernilai RM88.22 juta kepada NexG Bhd.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan pihak berkuasa sedang menjejaki Victor Chin susulan dakwaan penglibatannya dalam sindiket pengambilalihan paksa syarikat.

Go to News Site