Collector
Dua lelaki diberkas, polis rampas dua pucuk pistol | Collector
Dua lelaki diberkas, polis rampas dua pucuk pistol
Sinar Harian

Dua lelaki diberkas, polis rampas dua pucuk pistol

KUALA LUMPUR – Dua lelaki diberkas polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian melepaskan tembakan di Bangsar pada Selasa.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 33 tahun itu ditahan di kawasan Klang, Selangor kira-kira jam 11.45 malam pada Rabu.Menurutnya, penahanan dibuat susulan perkembangan siasatan kes berkenaan yang sebelum ini dilaporkan berlaku di sekitar Bangsar."Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas sepucuk pistol bersama satu butir peluru hidup serta sepucuk pistol tiruan."Semakan mendapati suspek pertama mempunyai lima rekod jenayah lampau, manakala suspek kedua pula memiliki 17 rekod jenayah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 23 April hingga 29 April bagi membantu siasatan lanjut.Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

Go to News Site