Collector
Toyota Fortuner milik JKM Tanah Merah ditemukan di Thailand | Collector
Toyota Fortuner milik JKM Tanah Merah ditemukan di Thailand
Sinar Harian

Toyota Fortuner milik JKM Tanah Merah ditemukan di Thailand

TANAH MERAH - Polis Kelantan mendedahkan pikap jenis Toyota Fortuner milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah yang dilaporkan hilang pada 12 April lalu telah ditemukan di Thailand.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sebuah lagi masih belum ditemukan, namun pihaknya mendapati kedua-dua kenderaan pikap itu telah dilarikan ke negara jiran melalui Sungai Golok di sini.Menurut beliau, kemarau yang melanda ketika ini menyebabkan air Sungai Golok di beberapa kawasan, terutama di daerah ini, kering dan memudahkan kenderaan terbabit melintasi sempadan negara."Alhamdulillah, hasil kerjasama dengan polis Thailand, kita telah mengesan sebuah Toyota Fortuner."Ia masih di sana untuk proses forensik (cap jari dan lain-lain). Kita telah menghantar surat untuk mendapatkan semula kenderaan tersebut. Sebuah lagi kenderaan masih belum dikesan," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini pada Khamis.Sinar Harian pada 12 April lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan melalui detik cemas apabila sekumpulan lelaki bertopeng bertindak melarikan dua buah trak pikap dalam kejadian samun di JKM Kelewek di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, pengawal keselamatan yang bertugas diacukan senjata sebelum tangan dan kakinya diikat oleh suspek.Sumber berkata, kejadian itu disedari selepas seorang petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari Kolej Komuniti di sini didatangi pengawal keselamatan terbabit untuk meminta bantuan dalam keadaan tangan terikat."Petugas berkenaan kemudian menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah bagi memaklumkan kejadian tersebut."Hasil siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada empat hingga lima lelaki yang memakai topeng dan sarung tangan hitam," katanya kepada pemberita.Menurut beliau, mangsa dipercayai diacukan pisau sebelum suspek bertindak mengikat tangan dan kakinya.Ujarnya, suspek telah melarikan dua kenderaan jenis pikap milik JKM, iaitu sebuah Mitsubishi Triton berwarna hitam kelabu dan Toyota Fortuner berwarna hitam."Selain itu, suspek turut melarikan dompet mangsa yang mengandungi wang tunai kira-kira RM300, sebuah telefon bimbit serta kunci motosikal," katanya.

Go to News Site