Collector
'MB Selangor perlu nyata pendirian isu ternakan babi moden' - Muhammad Faizzuddin | Collector
'MB Selangor perlu nyata pendirian isu ternakan babi moden' - Muhammad Faizzuddin
Sinar Harian

'MB Selangor perlu nyata pendirian isu ternakan babi moden' - Muhammad Faizzuddin

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari segera menyatakan pendirian rasmi kerajaan negeri berhubung isu cadangan penternakan babi moden yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki.Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, ketegasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan selain memastikan kedudukan institusi diraja terus dihormati.Menurutnya, pihaknya kesal dan mengecam tindakan Wong Siew Ki yang didakwa membawa naratif bercanggah dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung larangan aktiviti penternakan babi di negeri ini."Cadangan untuk meneroka semula sistem penternakan babi moden adalah tidak bertanggungjawab, biadab serta mencemarkan kemuliaan institusi Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau turut mengingatkan Menteri Besar supaya tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi politik yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan negeri, institusi diraja serta rakyat Selangor.Katanya, kerajaan negeri perlu menunjukkan ketegasan dalam isu berkenaan dan tidak berdiam diri ketika titah Sultan Selangor dipersoalkan secara terbuka oleh wakil rakyat dalam blok pentadbiran."Pendirian rasmi perlu dinyatakan segera supaya tidak timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat," tambah beliau.Terdahulu, Wong Siew Ki semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.Bagaimanapun, ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin mengemukakan usul tergempar untuk merujuk Wong Siew Ki ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung isu penternakan babi di negeri itu.Afif menjelaskan, usul itu dihantar kepada Pejabat DUN Selangor pada Khamis mengikut Peraturan 26(1) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan telah diterima untuk pertimbangan.

Go to News Site