Sinar Harian
GERIK - Seorang wanita bertindak berani merakam perbuatan tidak senonoh seorang lelaki yang melakukan gangguan seksual di sebuah premis perniagaan di sini menerusi satu video yang tular di media sosial.Menerusi rakaman tersebut seorang wanita bersama rakannya dipercayai pekerja premis berkenaan bertindak memarahi lelaki itu selepas melakukan perbuatan tidak senonoh terbabit.Selepas memberitahu akan membuat laporan polis terhadap perbuatan terbabit, lelaki itu kemudiannya beredar keluar dari premis berkenaan.Berdasarkan maklumat yang tular itu juga rakaman telah dibuat oleh mangsa sebagai bukti perbuatan tersebut.Pada Khamis, rakaman berdurasi 2:31 minit terbabit tular di laman sosial Threads dan aplikasi WhatsaApp menunjukkan lelaki tersebut dimarahi dua orang wanita kerana perbuatan tidak senonoh dilakukannya."Atok siapa ini masuk kedai orang buat benda tidak senonoh, tidak malu betul," tulis wanita itu.Beberapa komen dalam hantaran di Threads turut meminta mangsa membuat laporan polis dan tindakan undang-undang dikenakan ke atas pelaku.Difahamkan salah seorang wanita di dalam video terbabit sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.
Go to News Site