Collector
Misi kejutkan Vietnam di pentas final | Collector
Misi kejutkan Vietnam di pentas final
Sinar Harian

Misi kejutkan Vietnam di pentas final

PENGENDALI skuad Bawah 16 (B-16) tahun negara, Shukor Adan mengakui cabaran getir menanti pasukannya menjelang aksi final Kejuaraan ASEAN B-17 menentang Vietnam di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Indonesia malam ini (8.30 malam waktu Malaysia).Meskipun menyedari reputasi lawan yang tampil ampuh sepanjang kejohanan, Shukor menegaskan anak-anak buahnya akan turun dengan perancangan berbeza demi memburu kejuaraan."Kita tahu pasukan Vietnam antara pasukan yang kuat, menjaringkan 16 gol dan hanya bolos satu gol setakat ini. Namun, kita akan turun dengan taktikal berbeza dalam perlawanan akhir nanti."Tak dinafikan, walaupun kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir, semua orang boleh menilai kualiti yang ada pada pemain Vietnam. Jika kita lihat daripada peringkat B-17 sehingga B-23, mereka mempunyai sistem pembangunan skuad yang sangat baik."Bagi saya, perlawanan menentang Vietnam ini adalah perlawanan yang semua orang akan cakap sukar, tetapi kami akan cuba buat sedaya apa yang termampu," katanya.Mengulas mengenai kebangkitan luar biasa skuad Harimau Muda, Shukor memuji kekuatan mental pemainnya yang sebelum ini menerima kecaman hebat susulan kekalahan 0-4 kepada lawan yang sama di peringkat kumpulan.Jelasnya, beliau bangga dengan disiplin benteng pertahanan yang berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam tiga perlawanan terakhir."Alhamdulillah kita berjaya ke final. Selepas dikecam teruk daripada kekalahan dengan Vietnam sebelum ini, saya rasa pemain-pemain Malaysia ini mempunyai sikap mental yang agak kuat."Tanpa dijangka, pasukan ini berjaya melakukannya ke perlawanan akhir tanpa dibolosi dalam tiga perlawanan terakhir."Saya hanya beritahu pemain supaya nikmati momen ini kerana mereka telah mencipta sejarah sebagai pasukan termuda yang melayakkan diri ke final."Perlawanan akhir ini hanyalah tentang semangat. Cuma pemain sahaja yang akan menentukan keputusan pada perlawanan malam esok," ujarnya.

Go to News Site