Collector
Padah edar dadah, lelaki Indonesia dipenjara seumur hidup | Collector
Padah edar dadah, lelaki Indonesia dipenjara seumur hidup
Sinar Harian

Padah edar dadah, lelaki Indonesia dipenjara seumur hidup

KOTA KINABALU - Seorang lelaki Indonesia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine sebanyak 69.1 kilogram.Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Kahar Amir, 46, di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Menurut pertuduhan, tertuduh pada jam 2.15 petang 21 Febuari 2019 iaitu di kawasan kaki lima hadapan sebuah premis di Penampang ditangkap oleh anggota penguatkuasaan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah kerana didapati mengedar methamphetamine seberat 69,136.2 gram. Tertuduh disabit kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh dia ditangkap serta 12 sebatan.Kahar juga diarahkan mahkamah untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman tersebut.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Anida Nasri manakala tertuduh diwakili peguamnya, Dominic Chew.

Go to News Site