Collector
Lelaki ditahan lakukan gangguan seksual di pasar raya | Collector
Lelaki ditahan lakukan gangguan seksual di pasar raya
Sinar Harian

Lelaki ditahan lakukan gangguan seksual di pasar raya

GERIK - Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian gangguan seksual di sebuah pasar raya dalam daerah ini pada Khamis.Suspek warga tempatan berusia 55 tahun ditahan di Hentian Bas Gerik sekitar jam 9.45 malam hari yang sama selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.57 petang.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 3.33 petang ketika mangsa, seorang wanita berusia 25 tahun sedang bekerja di premis berkenaan."Mangsa terdengar bunyi mencurigakan sebelum bertindak memeriksa dan mendapati seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap dirinya."Mangsa kemudian merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit serta menegur suspek sebelum lelaki berkenaan beredar dari lokasi," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, siasatan mendapati suspek merupakan seorang penganggur dan belum pernah berkahwin.Katanya, suspek juga dilaporkan pernah menerima rawatan berkaitan masalah kesihatan mental."Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Go to News Site