Collector
JIM gempur majikan degil gaji PATI, 45 warga asing ditahan | Collector
JIM gempur majikan degil gaji PATI, 45 warga asing ditahan
Sinar Harian

JIM gempur majikan degil gaji PATI, 45 warga asing ditahan

PUTRAJAYA – Seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di lapan lokasi berasingan sekitar Selangor pada Khamis.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya melaksanakan serbuan di lapan premis di Semenyih, Jenjarom, Seri Kembangan, Cheras dan Serdang kira-kira jam 11 pagi."Operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat awam serta risikan selama dua minggu dengan kekuatan seramai 52 pegawai pelbagai pangkat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Zakaria berkata, seramai 88 individu telah diperiksa terdiri daripada 66 warga asing dan 22 warga tempatan."Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 45 warga asing yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Kesemua yang ditahan melibatkan warga Bangladesh, Myanmar, India, Nepal dan Indonesia berusia antara 29 hingga 50 tahun," katanya.Menurutnya, dalam masa sama, sembilan saman kepada saksi turut dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan."Kesemua warga asing yang ditahan telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut," katanya.Zakaria berkata, tindakan penguatkuasaan tidak hanya tertumpu kepada warga asing yang melanggar undang-undang, malah turut menyasarkan majikan yang berdegil, cuai atau sengaja menggaji PATI."Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau memberi pekerjaan kepada warga asing secara tidak sah," katanya.

Go to News Site