Collector
Kenapa umur 16 jadi garis penting dalam keselamatan digital remaja | Collector
Kenapa umur 16 jadi garis penting dalam keselamatan digital remaja
Sinar Harian

Kenapa umur 16 jadi garis penting dalam keselamatan digital remaja

KUALA LUMPUR– Umur 16 tahun kini dilihat sebagai garis penting dalam keselamatan digital remaja, apabila kajian sains membuktikan golongan bawah usia itu masih belum mampu menilai risiko dalam talian secara matang.Penetapan umur tersebut dalam cadangan dasar keselamatan termasuk Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bukan sekadar pertimbangan sosial, sebaliknya disokong dapatan neurosains dan psikologi perkembangan remaja di peringkat global.Perkembangan pesat teknologi digital dilihat tidak seiring dengan tahap kematangan pengguna muda, sekali gus meningkatkan risiko jenayah dalam talian seperti eksploitasi seksual, manipulasi psikologi dan buli siber.Kajian neurosains menunjukkan perkembangan otak manusia berlaku secara tidak seimbang, khususnya dalam kalangan remaja.Penyelidikan oleh National Institute of Mental Health (NIMH) serta Harvard Medical School mendapati bahagian prefrontal cortex yang mengawal pertimbangan, kawalan diri dan penilaian risiko hanya matang sepenuhnya pada lewat usia remaja hingga awal 20-an.Keadaan ini menyebabkan remaja bawah 16 tahun belum memiliki keupayaan kognitif stabil untuk membuat keputusan rasional, khususnya dalam situasi kompleks seperti interaksi dalam talian.Dalam masa sama, sistem limbik yang mengawal emosi berkembang lebih awal, menjadikan mereka lebih impulsif serta mudah dipengaruhi tekanan rakan sebaya.Penyelidik neurosains seperti Frances Jensen menjelaskan ketidakseimbangan ini menyebabkan remaja cenderung bertindak mengikut emosi tanpa menilai kesan jangka panjang.Kajian oleh universiti terkemuka seperti Stanford, Cambridge dan Oxford turut mengesahkan bahawa keupayaan membuat keputusan matang hanya mula stabil sekitar usia 16 hingga 17 tahun, sekali gus mengukuhkan kepentingan umur tersebut sebagai ambang perkembangan kognitif.Selain faktor biologi, statistik global menunjukkan tahap risiko yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja.Golongan muda dunia terima ancaman siberData Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan lebih satu pertiga golongan muda di 30 negara pernah menjadi mangsa buli siber. Malah, sekitar satu daripada lima mangsa dilaporkan ponteng sekolah akibat tekanan tersebut.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mendapati kira-kira satu daripada enam remaja pernah mengalami buli siber, manakala data 2025 menunjukkan sekitar 22 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun menjadi mangsa gangguan dalam talian.Lebih membimbangkan, laporan terkini antarabangsa mendedahkan peningkatan kes eksploitasi seksual digital melibatkan kanak-kanak.Sekurang-kurangnya 1.2 juta kanak-kanak di 11 negara dilaporkan menjadi mangsa manipulasi imej seksual berasaskan teknologi kecerdasan buatan pada tahun 2025 sahaja.Trend ini menunjukkan ancaman terhadap kanak-kanak kini bukan sahaja datang daripada interaksi manusia, tetapi turut melibatkan teknologi baharu yang mempercepatkan penyebaran kandungan eksploitasi.Dalam konteks tingkah laku, kajian turut mendapati kira-kira 58 peratus remaja pernah mengalami buli siber sepanjang hidup mereka, manakala satu pertiga mengalami gangguan tersebut dalam tempoh sebulan.Kesan psikologi juga ketara apabila sebahagian mangsa menunjukkan simptom kemurungan, kebimbangan dan penurunan keyakinan diri, sekali gus memberi implikasi jangka panjang terhadap perkembangan mental.Walaupun generasi muda hari ini dianggap celik teknologi, tahap kematangan digital mereka masih belum mencukupi untuk melindungi diri daripada ancaman tersebut.Kematangan digital merangkumi keupayaan memahami risiko privasi, menilai kesahihan maklumat serta mengenal pasti manipulasi dalam talian, namun jurang kesedaran masih wujud dalam kalangan remaja.Data peribadi disalah gunaKajian antarabangsa seperti EU Kids Online oleh London School of Economics mendapati ramai remaja tidak memahami bagaimana data peribadi mereka digunakan oleh platform digital, sekali gus meningkatkan risiko eksploitasi.Dalam masa sama, algoritma media sosial yang direka untuk memaksimumkan penglibatan pengguna boleh meningkatkan pendedahan kepada kandungan negatif secara berulang.Pakar psikologi digital menjelaskan bahawa pendedahan berterusan kepada kandungan negatif boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosi remaja termasuk meningkatkan risiko tekanan mental.Realiti di Malaysia turut menunjukkan situasi yang membimbangkan. Menurut data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebanyak 35,781 aduan berkaitan buli siber diterima setakat 1 Oktober.Kes berprofil tinggi seperti melibatkan pempengaruh TikTok, Esha serta insiden undian TikTok di Padawan membuktikan tekanan sosial dalam talian boleh memberi kesan psikologi serius kepada remaja.Penganalisis melihat gabungan faktor biologi, psikologi dan teknologi sebagai punca utama mengapa golongan bawah 16 tahun lebih terdedah kepada risiko dalam talian.Sehubungan itu, penetapan umur 16 tahun dilihat selari dengan dapatan sains serta realiti semasa.Pada usia tersebut, remaja mula menunjukkan peningkatan dalam keupayaan berfikir secara rasional, kawalan emosi serta kesedaran terhadap risiko walaupun belum mencapai tahap matang sepenuhnya.Cadangan dasar seperti ONSA dilihat sebagai langkah penting untuk memperkukuh perlindungan terhadap golongan rentan serta memastikan platform digital lebih bertanggungjawab.Tanpa intervensi berasaskan sains, dasar dan pendidikan yang menyeluruh, generasi muda berisiko terus menjadi mangsa dalam persekitaran digital yang semakin kompleks dan mencabar.INFOGRAFIKIsu buli siber di Malaysia• 35,781 aduan buli siber diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat 1 Oktober• 77.5 peratus (27,704 kandungan) telah diturunkan daripada jumlah aduan• Trend meningkat – kes buli siber menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini• Tindakan proaktif – SKMM melalui Kementerian Komunikasi mempergiat:-pendidikan digital-kesedaran awampemantauan kandungan dalam talian• Kempen Internet Selamat (KIS) dilaksanakan di 479 sekolah di Negeri Sembilan, negeri pertama melaksanakan program ini secara menyeluruh

Go to News Site