Collector
Kerajaan perlu telus hadapi risiko stagflasi - Noor Azlan | Collector
Kerajaan perlu telus hadapi risiko stagflasi - Noor Azlan
Sinar Harian

Kerajaan perlu telus hadapi risiko stagflasi - Noor Azlan

SHAH ALAM – Kerajaan perlu memberikan penjelasan telus dan terperinci kepada rakyat berhubung keadaan ekonomi global yang kini berdepan risiko stagflasi sekali gus berpotensi menjejaskan pertumbuhan dalam negara.Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Professor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, stagflasi merujuk kepada situasi apabila ekonomi berkembang perlahan, namun dalam masa sama harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat.Ujar beliau, berdasarkan laporan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), data unjuran menunjukkan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan pada kadar sekitar 3.1 peratus."Lebih membimbangkan, unjuran senario dalam kategori impak buruk dan impak dahsyat global memperlihatkan pertumbuhan ekonomi yang rendah berlaku serentak dengan peningkatan kadar inflasi dunia."Keadaan ini amat digeruni oleh ahli ekonomi kerana ia boleh mengikat atau mengekang keberkesanan pelaksanaan dasar dan polisi ekonomi," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Menurut Noor Azlan, kelembapan ekonomi kebiasaanya ditangani melalui pelaksanaan dasar fiskal yang lebih mengembang seperti pemberian rangsangan oleh kerajaan, selain penurunan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM)Jelasnya, bagaimapun situasi stagflasi menjadikan pendekatan tersebut lebih mencabar kerana tekanan inflasi yang masih tinggi akan mengehadkan ruang untuk melaksanakan dasar-dasar berkenaan secara agresif."Ini bermaksud kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam menangani permasalahan tersebut. Kita harap kesan ke atas inflasi di negara ini dapat dibendung."Kita masih lagi belum lihat kesan sepenuhnya. Ketika ini ada sedikit peningkatan namun, dijangka akan melonjak lagi dalam masa terdekat," ujarnya.Kata Noor Azlan, destinasi eksport utama negara juga diharap tidak terjejas teruk susulan kelembapan ekonomi global, sekali gus dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara."Dalam konteks kelembapan ekonomi, kita kena memastikan aktiviti ekonomi dalam negara dapat berterusan terutama perbelanjaan domestik."Saya percaya Kementerian Kewangan (MoF) dan BNM telah membuat senario berhubung isu ini tetapi komunikasi lebih jelas harus disampaikan kepada masyarakat supaya kita semua faham dengan keadaan dihadapi serta dapat membuat tindakan sewajarnya," kata beliau.

Go to News Site