Sinar Harian
MAKKAH – Seramai 260 jemaah haji Malaysia kumpulan KT01 selamat tiba di Maktab 63, Hotel Al-Tasyeer di sini selepas berlepas dari Madinah pada jam 8 pagi, Rabu.Ketibaan rombongan sekitar jam 4 petang itu turut disambut Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir serta petugas Lembaga Tabung Haji (TH) yang bersedia membantu melancarkan urusan penempatan jemaah.Daripada jumlah keseluruhan, seramai 116 ialah jemaah lelaki manakala 144 lagi wanita.Pengurus Maktab 63, Shahidan Taib berkata, segala persiapan telah diatur bagi memastikan jemaah dapat ditempatkan dengan selesa dan teratur sebaik tiba di penginapan masing-masing.Kumpulan KT01 sebelum ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan MH8050 pada 18 April lalu.
Go to News Site