Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Taktik licik sindiket dadah menjadikan apartmen berpagar dan berpengawal sebagai stor akhirnya terbongkar apabila empat individu diberkas bersama dadah bernilai RM1.8 juta, awal pagi Isnin lalu.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu membawa kepada penahanan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 21 hingga 24 tahun."Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah termasuk lebih 11.6 kilogram MDMA, serbuk ekstasi, ketamin, syabu serta 1,796 pil erimin 5 selain peralatan pembungkusan semula."Pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Volkswagen Golf di parkir kediaman turut menemukan tiga peket ketamin. Keseluruhan rampasan dianggarkan 12.95 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan RM1.8 juta," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Jumaat.Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua suspek bertindak sebagai penyewa rumah manakala seorang lagi dipercayai dalang utama sindiket berusia 24 tahun, dan wanita yang ditahan pula adalah teman wanitanya."Sindiket ini dipercayai aktif sejak Januari lalu dengan modus operandi menjadikan kediaman berpengawal sebagai lokasi simpanan dan pembungkusan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan."Polis turut menyita pelbagai aset termasuk dua kereta dan wang tunai dengan nilai keseluruhan sitaan RM146,710, menjadikan jumlah rampasan dan sitaan mencecah RM1.95 juta," ujarnya.Ab Rahaman berkata, ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis benzodiazepine manakala seorang lagi positif ketamin."Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua mereka direman tujuh hari hingga 26 April," katanya.
Go to News Site