Sinar Harian
TAPAH - Lelaki yang maut dalam nahas di Jalan Tapah menghala ke Cameron Highlands pada Khamis dikatakan berkeras mahu meneruskan perjalanan bagi menziarahi jenazah datuknya.Perkara itu dikongsi sepupu Allahyarham Salabiah Saharudin, 59, yang memaklumkan, mangsa tetap mahu ke Cameron Highlands walaupun dimaklumkan jenazah datuknya telah selamat dikebumikan.Dalam kejadian 8.43 malam itu, Zamri Hashim, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dipandu terbabas sebelum masuk ke dalam gaung di Batu 21, Jalan Tapah menghala ke Cameron Highlands.Nahas turut mengakibatkan isteri mangsa bersama empat anak mereka mengalami kecederaan."Pakcik dia ada beritahu yang arwah nak pergi ziarah datuknya."Walaupun ketika itu jenazah sudah dikebumikan, dia tetap berkeras mahu pergi," kata Salbiah ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tapah di sini pada Jumaat.Menurut Salbiah, arwah disifatkan sebagai seorang yang baik dan sangat mesra dengan ahli keluarga serta saudara mara.Katanya, ketika kali terakhir mereka bertemu, arwah turut sempat bertanyakan keadaan kesihatannya."Dia baik orangnya, kami sembang seperti biasa. Dia panggil saya Kak Yong dan bertanya khabar. Bila saya tanya dia, dia kata sihat buat masa sekarang," katanya.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Al-Hidayah Asam Kumbang, Taiping selepas solat Jumaat.Terdahulu tular rakaman video papan pemuka dipercayai dari kenderaan lain mengenai insiden tersebut.Rakaman itu menujukkan SUV dinaiki mangsa terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori dari arah bertentangan semasa melalui laluan selekoh dan sempit.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati tiada perlanggaran berlaku dalam kejadian tersebut.Menurutnya, sebuah lori yang dalam perjalanan dari Ringlet ke Ipoh menghampiri selekoh sebelum kenderaan dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan terbabas ke kiri jalan."Kenderaan itu kemudian terjatuh ke dalam gaung sebelum memasuki sungai berhampiran jalan berkenaan."Anggota bomba dan orang awam membantu mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, manakala lima lagi mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Go to News Site