Collector
Pemilikan wang di luar negara: Bawa bukti jika ada dakwaan, jangan jadi fitnah - PM | Collector
Pemilikan wang di luar negara: Bawa bukti jika ada dakwaan, jangan jadi fitnah - PM
Sinar Harian

Pemilikan wang di luar negara: Bawa bukti jika ada dakwaan, jangan jadi fitnah - PM

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan melayan dakwaan tidak berasas yang tular di media sosial kononnya melibatkan pemilikan wang di luar negara.Mengulas dakwaan yang dikaitkan dengan sebuah video tular melibatkan individu dikenali sebagai Albert Tay, Anwar berkata, sebarang tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh dan tidak boleh dijadikan bahan fitnah."Kalau ada bukti, bawa. Tak ada siapa yang terkecuali. Kalau tak ada bukti, saya tidak akan layan," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan pada sidang akhbar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temonggong Ibrahim di sini, pada Jumaat.Sebelum itu Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dilaporkan media, menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat satu rakaman tular mengandungi dakwaan serius oleh individu dikenali sebagai Sofia Rini membabitkan dakwaan salahlaku melibatkan bekas pegawai Perdana Menteri.Menurut beliau, video berkenaan mengandungi beberapa dakwaan utama termasuk tuduhan wang yang didakwa dicuri oleh bekas pegawai berkenaan telah dibawa ke Afrika untuk disimpan selain dakwaan bahawa tindakan tersebut dilakukan atas arahan Perdana Menteri sendiri.Tambahnya, Sofia juga mendakwa Perdana Menteri akan melarikan diri ke Afrika atau Turki sekiranya berlaku sesuatu dalam negara serta mendakwa bekas pegawai yang dinamakan mempunyai kekayaan mencecah berbilion ringgit.Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa pihaknya mempunyai tanggungjawab besar dalam mentadbir negara dan tidak boleh melayani setiap komen atau dakwaan yang tersebar di media sosial tanpa asas."Saya banyak kerja. Kalau ada bukti, bawa. Kalau tidak, ia hanya akan jadi sarang fitnah," katanya lagi.

Go to News Site