Collector
Tiada gula-gula jeli ganja dikesan di pasaran tempatan - Polis | Collector
Tiada gula-gula jeli ganja dikesan di pasaran tempatan - Polis
Sinar Harian

Tiada gula-gula jeli ganja dikesan di pasaran tempatan - Polis

KUALA LUMPUR - Tiada penjaualn gula-gula jenis jeli ganja dikesan di pasaran tempatan setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan.Sebaliknya beliau berkata, produk tersebut dikesan dijual di pasatan Thailand."Bagaimanapun, JSJN menerusi elemen risikan dan penguatkuasaan sentiasa memperketat pemantauan bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan apa sahaja jenis dadah ke dalam negara."JSJN juga memantau rapi jenis gula-gula sebegini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Mengulas adakah gula-gula jenis itu dimakan oleh seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun di Sungai Putat, Melaka, beliau menjelaskan, perkara itu belum dapat disahkan.Jelasnya, kes masih dalam siasatan polis."Dalam serbuan di rumah itu, tidak jumpa sebarang saki-baki jeli atau gula-gula. Siasatan masih dijalankan," ujarnya.Media sebelum itu melaporkan, seorang pempengaruh media sosial ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang disahkan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, lelaki berkenaan direman tujuh hari bermula 16 April sebelum disambung lima hari lagi hingga 27 April bagi membantu siasatan.Pada 14 April lalu kira-kira jam 5 petang, pegawai perubatan di Hospital Melaka menerima mangsa dalam keadaan separuh sedar sebelum ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak itu positif THC.Mangsa juga dilaporkan menerima rawatan bantuan pernafasan menggunakan tiub di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan pada 11 April lalu.Suspek berusia 39 tahun dan tinggal bersama ibunya yang juga pengasuh kanak-kanak berkenaan mendakwa, gula-gula disyaki mengandungi dadah itu disimpan di dalam peti ais sebelum dimakan kanak-kanak terbabit.

Go to News Site