Sinar Harian
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan melarang beberapa aktiviti dijalankan di Surau Taman Seraya, Ampang termasuk laungan azan seperti yang tular ketika ini.Menurutnya, dakwaan beliau menghalang solat Jumaat daripada diadakan dan tidak membenarkan lampu surau dinyalakan seperti yang hangat diperkatakan di media sosial juga jelas tidak benar sama sekali."Saya memang ada menerima aduan daripada penduduk berhubung surau tersebut dan susulan itu, saya telah mengatur satu sesi dialog antara penduduk dan pihak pengurusan surau pada Sabtu ini, di mana sesi tersebut turut akan melibatkan pihak polis, JAIS dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)."Namun tidak disangka, malam tadi muncul pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang menyalahgunakan gambar saya berserta dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas itu."Perkara ini telah mencetuskan rasa benci dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap saya," katanya menerusi kenyataan di media sosial pada Jumaat.Sinar Harian sebelum itu melaporkan, ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.Mengulas lanjut, Jia Haur berkata, beliau turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Ampang berhubung isu berkenaan selepas laporan dibuat oleh 10 AJK surau tersebut.Menurutnya, selepas pertemuan dengan ketua polis daerah itu dibuat, beliau mengambil keputusan untuk membatalkan sesi dialog yang dirancang pada Sabtu jam 10 pagi.Saya juga telah membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan palsu tersebut," tegasnya.Beliau menambah, selama ini beliau sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan 28 buah surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempatnya berkhidmat.
Go to News Site