Collector
Wanita maut ditikam bekas suami | Collector
Wanita maut ditikam bekas suami
Sinar Harian

Wanita maut ditikam bekas suami

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut dipercayai ditikam bekas suaminya dalam kejadian di Genting Court Condominium, Setapak di sini pada Khamis.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.20 petang melalui panggilan orang awam."Maklumat awal memaklumkan mangsa yang juga warga Myanmar ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dan dipercayai telah ditikam oleh seorang lelaki."Sepasukan polis yang digerakkan ke lokasi berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar pada hari sama bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya, siasatan awal mendapati suspek merupakan bekas suami mangsa."Polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu."Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan tikaman di bahagian dada," katanya.Menurutnya, direman selama tujuh hari bermula 24 April hingga 30 April bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Polis memandang serius kejadian tersebut dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, profesional serta telus," katanya.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999.

Go to News Site