Collector
Mayat lelaki ditemukan di sungai, disyaki dibunuh | Collector
Mayat lelaki ditemukan di sungai, disyaki dibunuh
Sinar Harian

Mayat lelaki ditemukan di sungai, disyaki dibunuh

GUA MUSANG - Penemuan mayat seorang lelaki yang tersangkut pada batu dan kayu di anak sungai berhampiran kebun getah di Kampung Pulai di sini pada Khamis, disiasat sebagai kes bunuh.Mayat mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan orang awam kira-kira jam 2 petang sebelum maklumat disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal di lokasi mendapati mangsa merupakan lelaki berusia lingkungan 40-an dan ditemukan dalam keadaan tenggelam di dalam air."Mayat mangsa dipercayai tersangkut pada batu serta kayu di kawasan anak sungai berhampiran kebun getah berkenaan."Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau memberitahu, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Gua Musang di talian 09-9121222.

Go to News Site