Collector
Penjenayah buruan warga Jepun terlibat kes bunuh dihantar pulang - JSJ | Collector
Penjenayah buruan warga Jepun terlibat kes bunuh dihantar pulang - JSJ
Sinar Harian

Penjenayah buruan warga Jepun terlibat kes bunuh dihantar pulang - JSJ

KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah buruan warga Jepun yang terlibat dalam kes pembunuhan di negara terbabit pada tahun 2018 telah dideportasi pada Jumaat.Tindakan diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian NCB/INTERPOL (D12) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) susulan permohonan bantuan daripada pihak berkuasa Jepun bagi menangkap penama tersebut yang turut tersenarai dalam notis merah Polis Antarabangsa (INTERPOL).Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, subjek awalnya ditangkap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.Menurutnya, siasatan juga diambil mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana dikenal pasti mengubah identiti dan kewarganegaraannya kepada warga Myanmar."Hasil siasatan saintifik dan forensik mengesahkan subjek yang sama berdasarkan kepada perbandingan cap jari dan pengecaman wajah melalui gambar."Pemprofilan DNA (asid deoksiribonukleik) subjek juga telah dihantar ke Bahagian Forensik DNA Databank Malaysia (D13) JSJ Bukit Aman dan disahkan padanan positif dengan profil DNA yang diterima dari Jepun," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, subjek telah dituduh di Mahkamah Alor Setar pada 27 Ogos tahun lalu sebagaimana pertuduhan Seksyen 15(1)(A) ADB 1952 dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dari tarikh hukuman.Tambahnya, bagi pertuduhan Seksyen 12(2) ADB 1952, subjek dijatuhi hukuman penjara 10 bulan penjara dari tarikh ditangkap, manakala Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, subjek dijatuhi hukuman lapan bulan penjara dari tarikh ditangkap.Jelas Kumar, kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam membanteras jenayah rentas sempadan di samping memperkukuh kerjasama keselamatan di peringkat antarabangsa."Tindakan ini juga membuktikan bahawa Malaysia tidak akan menjadi tempat perlindungan terhadap mana-mana individu yang cuba melarikan diri daripada proses keadilan jenayah," ujarnya.

Go to News Site