Sinar Harian
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa terdapat cubaan menyeludup plakad berunsur propaganda dalam perhimpunan yang dijadualkan berlangsung petang ini.Menerusi kenyataan di laman Facebook pada Sabtu, beliau berkata, plakad berkenaan dipercayai bertujuan menggambarkan kononnya perhimpunan itu mempunyai agenda peribadi untuk beliau menjadi Perdana Menteri.Menurutnya, tindakan itu disifatkan sebagai kreatif, namun menyindir pihak terbabit supaya menggunakan gambar yang lebih terkini."Konon untuk menunjukkan demo ini untuk tujuan peribadi saya nak jadi PM."Kreatif diorang ni. Lain kali cari gambar yang terkini dan lebih kurus," katanya.Dalam pada itu, Rafizi turut meminta orang ramai yang hadir supaya menasihati pihak yang membawa plakad berunsur propaganda agar menurunkannya secara baik."Petang ini, kalau nampak plakad-plakad propaganda macam ini, tolong nasihat baik-baik minta turunkan," katanya.Beliau menegaskan perhimpunan berkenaan tidak mempunyai agenda politik dan bukan untuk kepentingan mana-mana individu atau parti."Ia hanya luahan segelintir rakyat yang kecil, yang mahu Malaysia lebih baik," katanya.Himpunan Tangkap Azam Baki yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu petang dilihat sebagai manifestasi desakan terhadap ketelusan badan penguatkuasaan serta integriti sistem pentadbiran negara.
Go to News Site