Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah SOGO Kuala Lumpur pada Sabtu mendapati suasana di lokasi berkenaan kekal tenang dan lengang.Keadaan itu berbeza daripada jangkaan awal susulan penganjuran Himpunan Tangkap Azam Baki yang dijadualkan berlangsung hari ini.Pemerhatian setakat jam 1.30 tengah hari mendapati tiada kehadiran individu atau kumpulan yang membawa plakad mahupun berkumpul bagi menyertai himpunan tersebut di sekitar kawasan berkenaan setakat tengah hari.Orang ramai yang berada di lokasi terdiri daripada pengunjung biasa dan pekerja premis perniagaan yang menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang gangguan.Selain itu, kelihatan beberapa anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan berkenaan.Kehadiran anggota keselamatan itu dipercayai sebagai langkah pemantauan dan kawalan bagi memastikan keadaan kekal terkawal serta mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.Walaupun tiada pergerakan himpunan dikesan di lokasi tinjauan, pihak berkuasa dilihat bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Selain itu, di Dataran Merdeka terdapat beberapa kenderaan polis ditempatkan bagi memastikan keadaan terus terkawal.Media sebelum ini melaporkan, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan akan mengadakan himpunan pada 25 April di Dataran Merdeka bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, serta dakwaan kewujudan mafia korporat dalam agensi penguatkuasaan.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sri Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuatkuasa 13 Mei ini.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Sri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuatkuasa pada 13 Mei ini.
Go to News Site