Collector
AADK belum ada rekod kes penagih ambil furanyl fentanyl | Collector
AADK belum ada rekod kes penagih ambil furanyl fentanyl
Sinar Harian

AADK belum ada rekod kes penagih ambil furanyl fentanyl

KOTA BHARU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesahkan setakat ini belum menerima sebarang rekod kes penagih yang disahkan mengambil dadah sintetik berbahaya jenis furanyl fentanyl di negara ini.Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, walaupun belum ada kes rasmi direkodkan di pusat pemulihan agensi itu, pihaknya sentiasa bersiap siaga susulan pengesanan bahan berkenaan dalam cecair vape di pasaran tempatan baru-baru ini.Menurut beliau, kemunculan furanyl fentanyl tidak boleh dipandang ringan kerana bahan tersebut dikenal pasti mempunyai kesan jauh lebih kuat berbanding morfin serta berisiko tinggi menyebabkan kematian akibat terlebih dos."Setakat ini di pusat pemulihan kita belum ada lagi rekod kes penagih yang disahkan mengambil furanyl fentanyl, namun kita tetap bersedia sekiranya ancaman itu mula menular dalam negara."AADK mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai jenis dadah sintetik sebelum ini termasuk syabu dan bahan halusinogen, justeru pendekatan rawatan boleh disesuaikan mengikut jenis penagihan," katanya.Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas merasmikan Program Sua Mesra AADK di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sini pada Sabtu.Ruslin memberitahu, trend penagihan dadah sintetik kini semakin membimbangkan apabila kira-kira 70 peratus penagih di seluruh negara dikesan terlibat dengan bahan berkenaan berbanding dadah tradisional.Jelas beliau, penggunaan vape sebagai medium baharu memasukkan dadah juga menjadi cabaran semasa yang memerlukan tindakan bersepadu semua agensi penguat kuasa."AADK akan terus memantau perkembangan semasa dan memperkukuh kesiapsiagaan rawatan serta pemulihan bagi memastikan ancaman dadah baharu seperti furanyl fentanyl dapat ditangani lebih awal," katanya.Sinar Harian pada 21 April lalu melaporkan operasi besar-besaran Op Vape 1.0 di seluruh negara membongkar kewujudan dadah sintetik berbahaya jenis furanyl fentanyl yang disyaki mula menembusi pasaran tempatan melalui kedai vape.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 1,670 premis diperiksa dalam operasi pada 13 hingga 17 April lalu.

Go to News Site