Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Dua individu yang membuat gangguan semasa ucapan di majlis wacana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Pusat Dagangan Dunia (WTC) 7 April lalu antara yang terlibat dalam Himpunan Tangkap Azam Baki di sini pada Sabtu.Kedua-dua lelaki itu antara yang berucap dan melaungkan ketidakpuasan dengan Azam serta Kerajaan Madani.Salah seorang daripada mereka berucap mahukan badan integriti yang bersih."Hari ini mahasiswa dan anak muda berkumpul. Kuta tegaskan kepimpinan hari ini."Anwar Ibrahim gagal sebagai Perdana Menteri. Kami telah berkumpul di sini dan akan teruskan perjuangan," katanya.Dua lelaki itu antara tiga yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan mengganggu ucapan Azam di forum terbabit dan disiasat atas beberapa kesalahan termasuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas, hasutan, ugutan jenayah serta pencerobohan.Dalam Himpunan Tangkap Azam Baki, tinjauan Sinar Harian turut kelihatan kehadiran ahli perniagaan kontroversi Albert Tei yang datang dengan gimik memakai baju lokap SPRM.4 Disember lalu, Albert Tei didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berhubung pertuduhan rasuah.
Go to News Site