Collector
'Ditumbuk, dibelasah dengan besi, penyapu' - Wanita hamil dakwa dipukul suami hingga keguguran | Collector
'Ditumbuk, dibelasah dengan besi, penyapu' - Wanita hamil dakwa dipukul suami hingga keguguran
Sinar Harian

'Ditumbuk, dibelasah dengan besi, penyapu' - Wanita hamil dakwa dipukul suami hingga keguguran

SUNGAI PETANI – Seorang wanita hamil terpaksa menanggung derita berganda apabila mendakwa bukan sahaja dipukul tanpa belas kasihan oleh suaminya malah kehilangan kandungan berusia 12 minggu akibat kejadian tersebut, pada Khamis lalu.Mangsa yang juga penjawat awam berusia 39 tahun kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan termasuk patah tangan dan jari kiri, selain lebam di muka serta kecederaan di bahagian perut.Wanita tersebut dipercayai dipukul menggunakan pelbagai objek termasuk penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu dalam pertengkaran yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari.Abang mangsa, Mohd Firdaus Moktar berkata, kejadian tersebut menyebabkan adiknya kehilangan kandungan yang baru mencecah tiga bulan.Menurutnya, suspek yang berusia 43 tahun itu turut mengugut untuk mengganggu keluarga mangsa termasuk dua anak isterinya daripada perkahwinan terdahulu."Kami terima satu panggilan telefon daripada majikan adik yang memberitahu dia telah dipukul oleh suaminya dalam satu kejadian."Pada masa itu, dua rakan sekerja adik telah datang membantu dan membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim. Sebaik kami tiba di hospital, adik menceritakan kejadian itu," katanya pada Sabtu.Mohd Firdaus mendakwa adiknya telah ditumbuk di perut sebelum kandungannya gugur.Dakwanya lagi, lelaki itu dipercayai melarikan barang kemas serta wang simpanan mangsa di bank berjumlah hampir RM50,000 sebelum menghilangkan diri."Kejadian itu menyebabkan adik saya cedera dan trauma. Atas nasihat doktor, adik saya ditahan di hospital bagi tujuan rawatan dan keselamatannya," ujarnya.Katanya, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

Go to News Site