Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri hingga 9 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Di Pantai Timur, cuaca sama dijangka melibatkan Hulu Terengganu di Terengganu, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran).Amaran cuaca sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor, iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.Selain itu, Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka dijangka mengalami keadaan cuaca sama.- Bernama
Go to News Site