Sinar Harian
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan beliau masih berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul gelaran juara acara keirin pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional di sini pada Sabtu.Pelumba yang mendapat jolokan 'The Pocket Rocketman' itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengenepikan pencabar utamanya yang juga juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen dalam aksi final yang cukup mendebarkan.Kejayaan tersebut menyaksikan Lavreysen sekadar berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba dari Trinidad & Tobago, Nicholas Paul menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.Kemenangan di Nilai ini juga cukup istimewa buat Azizulhasni kerana ia dijangka menjadi penampilan antarabangsa terakhirnya di tanah air.
Go to News Site