Collector
Nasihat isteri punca Fernandes tolak tawaran lumayan Arab Saudi | Collector
Nasihat isteri punca Fernandes tolak tawaran lumayan Arab Saudi
Sinar Harian

Nasihat isteri punca Fernandes tolak tawaran lumayan Arab Saudi

KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan bahawa isterinya memainkan peranan paling penting di sebalik keputusannya untuk kekal di Old Trafford pada musim panas lalu meskipun menerima tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi.Pemain perancang berusia 31 tahun itu sebelum ini dikaitkan kuat dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi, namun memilih untuk terus setia bersama The Red Devils.Menurut Fernandes, perbualan hati ke hati bersama isterinya, Ana Pinho, menjadi titik tolak untuknya menolak kemewahan di Asia demi mengejar impian yang belum selesai di England."Saya kekal kerana saya percaya masih ada sesuatu yang boleh saya berikan kepada kelab ini."Secara jujurnya, tawaran dari Arab Saudi memang melibatkan wang yang sangat banyak. Namun, isteri saya seorang yang sangat berpijak di bumi nyata, sama seperti saya."Kami sedar bahawa kami tidak mahu menjadi orang yang paling kaya di dunia."Kami hanya mahu mencapai impian yang pernah kami pasang, menjalani kehidupan yang baik bersama anak-anak dan menjadi sejaya yang mungkin," katanya.Tambah pemain kebangsaan Portugal itu lagi, soalan ringkas daripada isterinya telah membuka matanya untuk terus berjuang bersama United."Isteri saya bertanya, 'Adakah awak sudah mencapai impian awak? Adakah awak sudah kecapi segala-galanya yang awak mahukan?'"Kata-kata itu membuatkan saya faham bahawa dia sentiasa menyokong saya. Jadi, mari kita teruskan perjuangan ini dan lihat sejauh mana ia mampu membawa saya," jelasnya.Kesetiaan Fernandes ternyata membuahkan hasil apabila beliau kini menjadi watak utama di bawah kendalian ketua jurulatih interim, Michael Carrick, dalam usaha membantu United mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.Setakat ini, Fernandes telah meledak lapan gol dan mencatatkan 19 bantuan gol dalam semua kejohanan, termasuk 18 hantaran gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Prestasi cemerlang itu membantu United menduduki tangga ketiga liga dengan baki lima perlawanan sahaja lagi untuk diharungi.

Go to News Site