Collector
Pemandu maut, jentera berat dipandu terbabas jatuh kolam | Collector
Pemandu maut, jentera berat dipandu terbabas jatuh kolam
Sinar Harian

Pemandu maut, jentera berat dipandu terbabas jatuh kolam

RAUB- Seorang pemandu maut selepas kenderaan berat dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam kolam buangan sisa di sebuah kilang sawit di Kampung Tersang di sini pada pada Sabtu.Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Mohamad Syariffudin Jemain, 37 beralamat dari Perumahan Batu Talam dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa mengendalikan jentera penyodok itu dalam kawasan kilang kelapa sawit berkenaan.Menurutnya, semasa sedang melakukan pergerakan mengundur, jentera tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terjunam ke dalam kolam berhampiran."Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit dan lemas."Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.Mohd Shahril berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat."Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian.Menurutnya, anggota yang tiba mendapati jentera berat jenis Shovel telah terjunam ke dalam kolam buangan sisa sawit berkeluasan 30 X 50 kaki persegi dengan kedalaman kira-kira 4.5 meter." Semasa bomba tiba, mangsa telah dikeluarkan dari kolam oleh pekerja kilang."Pasukan bomba mula operasi dengan membuat pemeriksaan di lokasi untuk memastikan keadaan sekeliling selamat," katanya.

Go to News Site