Collector
'Salah sesuai untuk Real Madrid' | Collector
'Salah sesuai untuk Real Madrid'
Sinar Harian

'Salah sesuai untuk Real Madrid'

LEGENDA Real Madrid, Fernando Hierro mencetuskan spekulasi perpindahan sensasi apabila menyarankan bintang Liverpool, Mohamed Salah sebagai calon paling sempurna untuk menyertai gergasi Sepanyol itu.Hierro yang juga bekas Pengarah Sukan Al-Nassr menyifatkan mana-mana kelab elit di dunia akan berasa bertuah sekiranya dapat menandatangani pemain antarabangsa Mesir itu sebagai ejen bebas.Salah bakal menamatkan tempoh kegemilangannya di Anfield lebih awal pada musim panas ini selepas mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya setahun lebih awal.Walaupun sudah berusia 33 tahun, Salah tetap menjadi watak penting buat skuad The Reds musim ini dengan meledak 12 gol dan sembilan bantuan gol dalam 38 penampilan dalam semua kejohanan.Hierro yang pernah menjulang tiga trofi Liga Juara-Juara bersama Los Blancos percaya kualiti bertaraf dunia yang dimiliki Salah membolehkannya menyesuaikan diri dengan pantas di La Liga."Salah ke Real Madrid? Sudah tentu, saya sangat menyukainya. Salah adalah pemain yang luar biasa dalam setiap aspek. Tiada siapa boleh menafikan impak besarnya di Liverpool dan pencapaian yang telah dilakukannya, terutamanya memenangi Liga Perdana Inggeris."Saya ingin melihatnya di Real Madrid, segalanya tidak mustahil dalam bola sepak. Dia bukan sekadar pemain hebat, tetapi fenomena bola sepak sejati yang mampu membuat perbezaan di mana sahaja dia beraksi."Bayangkan dia di La Liga, sama ada bersama Real Madrid atau Barcelona ia akan memberikan lonjakan besar kepada saingan liga ini," katanya.Dalam pada itu, Hierro turut mendedahkan situasi ketika beliau memegang jawatan Pengarah Sukan di Al-Nassr bagi musim 2024-25, di mana kelab Arab Saudi itu pernah memantau rapat perkembangan Salah.Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa rundingan rasmi tidak pernah mencapai keputusan diharapkan memandangkan komitmen penuh Salah terhadap tugasnya di Liverpool ketika itu.

Go to News Site