Sinar Harian
KUALA LUMPUR – NexG Berhad (NexG) menegaskan syarikat itu kekal mematuhi piawaian kawal selia serta amalan tadbir urus korporat yang baik, namun tidak akan mengulas lanjut berhubung dakwaan Malaysia Corruption Watch (MCW) melibatkan bekas Ketua Pegawai Operasinya (COO), Victor Chin Boon Long.Menurut NexG, pendirian itu diambil bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak selain memastikan proses tadbir urus berjalan secara teratur."Syarikat tidak akan terlibat dalam sebarang komen awam lanjut berhubung dakwaan khusus ini pada ketika ini," menurut kenyataan NexG pada Sabtu.Victor Chin, yang memegang jawatan COO dari November 2024 hingga September 2025, sebelum ini didakwa oleh MCW berhubung kemungkinan salah guna dana syarikat berjumlah RM303.7 juta.Dalam perkembangan sama, NexG memaklumkan pihaknya telah menerima memorandum yang dikemukakan oleh MCW berkaitan pelaburan syarikat dan memberi jaminan perkara itu dipandang serius."Syarikat kekal komited kepada prinsip ketelusan, tadbir urus yang baik serta pematuhan terhadap semua peraturan yang berkuat kuasa," katanya.Menurut NexG, semua maklumat berkaitan pelaburan termasuk rasional, struktur serta perkembangan korporat telah didedahkan sewajarnya melalui pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia selaras keperluan penyenaraian.Tambahnya, pendedahan tersebut dibuat secara tepat pada masanya dan telus, selain turut disalurkan menerusi pelbagai saluran komunikasi awam."Syarikat akan terus memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau penguat kuasa sekiranya diperlukan," katanya lagi.NexG, yang sebelum ini dikenali sebagai Datasonic Group Bhd, merupakan pembekal tunggal buku pasport dan produk berkaitan MyKad di Malaysia, dan kini berada di bawah perhatian susulan dakwaan cubaan pengambilalihan oleh pihak tertentu.
Go to News Site