Collector
'Tak pernah berjauhan' - Nota-nota kecil penuh kasih sayang buat mak | Collector
'Tak pernah berjauhan' - Nota-nota kecil penuh kasih sayang buat mak
Sinar Harian

'Tak pernah berjauhan' - Nota-nota kecil penuh kasih sayang buat mak

SHAH ALAM - "Mak, ini coklat makan untuk lapik perut tau," antara pesanan ringkas namun penuh kasih sayang yang ditulis si anak sebagai panduan buat ibu mereka ketika menunaikan ibadah haji, sekali gus menyentuh hati ramai.Pendekatan itu dibuat susulan kebimbangan terhadap ibu mereka, Umi Kalsum Abd Rahiman, 68, yang tidak pernah berjauhan dengan anak-anak selain kurang mahir menggunakan teknologi.Nota-nota berkenaan dilekatkan pada pelbagai kelengkapan termasuk makanan, ubat-ubatan dan barangan harian bagi memastikan segala urusan dapat dilakukan dengan lebih mudah sepanjang berada di Tanah Suci.Anak kepada jemaah tersebut, Ainun Aniyah Azeme, 27, berkata, tindakan berkenaan diambil kerana ibunya tidak biasa berdikari jauh daripada keluarga."Sebenarnya kalau mak pergi jalan-jalan, mak memang dengan anak-anak. Kami ada 10 adik-beradik dan mak pergi mana-mana pun mesti ada anak yang teman."Jadi bila nak pergi haji ini, mak risau, kami pun anak risau semua. Macam mana nanti mak nak urus barang, macam mana nak ambil barang dalam beg," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Sebelum ini, nota-nota kecil penuh kasih sayang seperti 'Mak dalam ini ada ubat-ubatan untuk mau tau. Moga mak sihat selalu' yang dikongsikan Ainun menerusi akaun ainunaniyah di Threads tular hingga mendapat perhatian ramai.Tambah Ainun, kekangan penggunaan teknologi dalam kalangan warga emas turut menjadi cabaran, sekali gus mendorong mereka menggunakan pendekatan lebih praktikal.Beliau menambah, katanya, pemergian ibunya kali ini merupakan pengalaman pertama berjauhan tanpa ditemani anak-anak."Permohonan haji sebenarnya dibuat untuk tiga orang iaitu mak, ayah dan kakak. Namun ayah telah meninggal dunia tahun lalu, manakala kakak masih menunggu rayuan."Jadi mak pergi seorang diri, tetapi kami bersyukur kerana ada saudara yang turut sama berada di sana," jelasnya.Ainun mengakui perasaan mereka sekeluarga bercampur baur memandangkan ibunya seorang yang mudah risau."Mak memang cepat risau dan tak biasa berjauhan. Jadi sebagai anak, memang kami rasa bimbang, tetapi dalam masa sama kami reda dan bertawakal," katanya.Menurutnya, mereka masih dapat berhubung dengan ibunya melalui panggilan video sepanjang berada di Tanah Suci."Alhamdulillah mak dalam keadaan baik. Cuma ada sedikit insiden jatuh, tetapi tidak serius dan sekarang dalam keadaan stabil," ujarnya.Mengulas mengenai perkongsian yang tular di media sosial, Ainun Aniyah berkata, tujuan asal hanyalah untuk memohon doa orang ramai."Saya tak sangka perkongsian itu mendapat perhatian meluas sehingga ke luar negara. Ramai yang tersentuh dengan usaha kecil kami itu," katanya.Katanya lagi, sokongan dan doa yang diterima daripada orang ramai memberi kekuatan kepada mereka sekeluarga."Harapan kami semoga mak dipermudahkan segala urusan di sana dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah dengan sempurna," katanya.

Go to News Site