Collector
Akmal Saleh hanya ‘budak catur’ Zahid, misi Pas tawan Melaka tidak mustahil | Collector
Akmal Saleh hanya ‘budak catur’ Zahid, misi Pas tawan Melaka tidak mustahil
Sinar Harian

Akmal Saleh hanya ‘budak catur’ Zahid, misi Pas tawan Melaka tidak mustahil

MELAKA - Pas menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh hanya ‘budak catur’ kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dilihat seperti kuat, namun didakwa tidak mempunyai kekuatan sendiri dalam menentukan hala tuju politik."Akmal bukan kuat, Akmal suara deras saja. Dia jadi budak catur Zahid Hamidi. Nampak cengil tetapi menjadi budak catur, bosnya Khairy Jamaluddin."Khairy Jamaluddin tidak tahu hendak pergi mana, dia masuk UMNO semula. Dia kata hendak datang Kedah, saya kata marilah," katanya ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Pas Melaka di Bukit Katil pada malam Sabtu.Turut hadir Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa, Pesuruhjaya Pas Melaka, Zulkifli Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Melaka, Bakri Jamaluddin.Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, misi Pas menawan Melaka bukan sesuatu yang mustahil dan beliau optimis parti itu mampu mencapai kemenangan sekurang-kurangnya 15 kerusi dalam PRN Melaka."Tidak mustahil dan tidak susah, kita mahu minimum 15 kerusi, kalau boleh sampai 21, Alhamdulillah. Di mana UMNO bertanding, kita boleh masuk dan menang."Di negeri saya, Kedah, UMNO tidak ada kerusi. Pas Melaka juga boleh membuat UMNO tidak mempunyai kerusi di Melaka."Di tempat saya ada 51 kerusi (15 Parlimen, 36 DUN), satu pun UMNO tidak menang. Kita ulang peristiwa besar itu di Melaka, biar kita capai 28-0," katanya bagi memberi semangat kepada jentera Pas yang hadir.Dalam pada itu, Sanusi turut menyindir dakwaan UMNO Melaka yang kononnya tidak bekerjasama dengan DAP, sambil menyifatkan naratif tersebut sebagai tidak boleh dipercayai."Di Melaka akan ada pakatan, empat kerusi akan diberi kepada DAP, yang lain mereka campur. Mereka kata hendak bertanding semua, itu tidak benar. Mana ada ahli hendak bertanding semua, nanti hilang deposit."Apa pun yang berlaku, mereka akan tunjukkan bahawa UMNO kononnya berpisah dengan DAP di Melaka. Jangan percaya, itu semua wayang. Di belakang mereka ada pakatan, mana boleh percaya ‘no Anwar, no DAP’, tapi lepas pilihan raya cium mulut," katanya.Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan kepada usaha menumbangkan BN serta Pakatan Harapan (PH) di Melaka.Tegasnya, masa yang ada semakin suntuk dan jentera parti perlu digerakkan segera bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka berlangsung sebelum akhir tahun.

Go to News Site