Sinar Harian
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) berdepan risiko tumbang sekiranya pilihan raya diadakan dalam keadaan semasa susulan kelemahan dalam mengukuhkan semula jenama dan sokongan akar umbi.Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat aktif melakukan pelbagai gerakan politik selepas kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun belum kelihatan sebarang langkah signifikan dibuat Nurul Izzah Anwar selepas menduduki jawatan itu.Beliau berkata, terdapat banyak ruang yang boleh digerakkan Nurul Izzah, khususnya dalam membantu Presiden PKR menghidupkan semula jenama PH."Selepas pembentukan kerajaan perpaduan, jenama PH tenggelam."Jika pilihan raya diadakan sekarang atau dalam kondisi sekarang, PH akan 'gone' (tumbang)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mohd Yusri yang juga Pensyarah Pengajian Polisi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berpandangan, Nurul Izzah boleh memainkan peranan penting dengan membantu memujuk serta memulihkan semula sokongan pengundi tegar PH.Apatah lagi, menurutnya, hampir semua segmen penyokong kuat PH sebelum 2022 kini tidak berada dalam keadaan positif."Ada yang kecewa, ada yang merajuk, ada yang terluka, ada yang menjauh, ada yang sedang tunggu dan lihat," ujarnya.Dalam masa sama, beliau berkata, PH juga masih gagal menembusi serta menarik sokongan daripada segmen pengundi baharu.Situasi itu tambah Mohd Yusri, menuntut tindakan segera bagi memastikan sokongan rakyat dapat dipulihkan."Jika pilihan raya diadakan sekarang atau dalam kondisi ini, PH akan ‘gone’," ulang beliau lagi.
Go to News Site