Collector
Fitnah MAIS: Polis rujuk kertas siasatan ke AGC | Collector
Fitnah MAIS: Polis rujuk kertas siasatan ke AGC
Sinar Harian

Fitnah MAIS: Polis rujuk kertas siasatan ke AGC

SHAH ALAM - Kertas siasatan berhubung dakwaan fitnah oleh pemilik akaun aplikasi TikTok terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada individu terlibat daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)."Polis telah melengkapkan siasatan dan kini berada di AGC untuk keputusan dan arahan selanjutnya."Jadi, saya meminta masyarakat untuk bersabar sementara mendapat keputusan daripada AGC," katanya ketika ditemui pada Larian Diraja Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat di sini pada Ahad.Sebelum itu, Polis Selangor telah menerima laporan daripada MAIS berkenaan isu itu pada 16 April lalu.Susulan itu, dalam satu kenyataan pada 18 April, polis memaklumkan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa kandungan video tersebut adalah fitnah kerana melemparkan tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej pihak MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor.Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini memaklumkan, pihaknya memandang serius penularan video itu yang mengaitkan kononnya berlaku isu tunggakan bayaran serta salah urus melibatkan MAIS dalam projek berkenaan.

Go to News Site