Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Krisis bekalan global perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat dan berdaya tahan, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, Malaysia mempunyai rekod ekonomi yang kukuh serta ekosistem pelaburan yang berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai krisis global sebelum ini."Ini adalah peluang. Dalam setiap krisis, ada peluang yang perlu kita manfaatkan. Negara kita telah membuktikan bahawa ekonomi Malaysia serta ekosistem pelaburan kita mampu mengharungi pelbagai cabaran, dan dasar sedia ada terus menyokong kestabilan ini."Perkara ini sedikit sebanyak akan terus meningkatkan keyakinan pelabur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan menerusi Program Bakul Rahmah anjuran Yayasan Tengku Zafrul Aziz (TZA) dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai di sini pada Ahad.Seramai 350 penerima daripada pelbagai kaum termasuk warga emas, ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan dalam program berkenaan.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur serta pemimpin setempat.Zafrul berkata, Malaysia perlu terus memposisikan diri sebagai destinasi pelaburan yang stabil, selamat dan diyakini pelabur antarabangsa.Beliau turut menegaskan bahawa aspek keselamatan tenaga kini menjadi antara faktor utama dalam pertimbangan pelabur global."Keselamatan tenaga merupakan antara kebimbangan utama syarikat dan pelabur."Malaysia telah menunjukkan kestabilan serta daya tahan dalam aspek tenaga, dan ini membuktikan kita mempunyai asas yang kukuh. Ini antara sebab mengapa ramai pelabur melihat Malaysia sebagai negara yang selamat dan stabil," katanya. - Bernama
Go to News Site