Collector
Polis siasat kes kelucahan melampau depan UiTM Dungun | Collector
Polis siasat kes kelucahan melampau depan UiTM Dungun
Sinar Harian

Polis siasat kes kelucahan melampau depan UiTM Dungun

​DUNGUN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menyiasat laporan berhubung kejadian kelucahan melampau yang berlaku di kawasan berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini pada Sabtu.​Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah motosikal telah berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa.​Menurutnya, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian selepas melakukan perbuatan tersebut.​"Pihak polis turut mengesan satu video tular yang dipercayai berkaitan kejadian sama dan usaha mengesan saksi serta individu terlibat sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta membantu siasatan lanjut.​"Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.​Jumaidy berkata, pihak polis memandang serius kejadian berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perlakuan tidak bermoral yang mengganggu keselamatan awam.​Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dungun atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Go to News Site