Collector
Penyatuan ummah dalam Islam wajib, bukan Pas yang minta – Sanusi | Collector
Penyatuan ummah dalam Islam wajib, bukan Pas yang minta – Sanusi
Sinar Harian

Penyatuan ummah dalam Islam wajib, bukan Pas yang minta – Sanusi

MELAKA - Pas mengalu-alukan sebarang usaha ke arah penyatuan ummah seperti yang pernah disuarakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan tersebut masih tergantung, namun beliau berharap ia dapat direalisasikan pada masa akan datang."Akmal nak ke sini (Pas), tetapi partinya nak ke sana (DAP). Kita alu-alukan kalau Akmal mahu berpakat dengan Pas, tetapi parti dia tidak sehaluan."Buat masa sekarang tidak bersama, tetapi kita harap perpaduan dan penyatuan ummah ini boleh diusahakan pada masa akan datang termasuk di Melaka," katanya selepas pelancaran jentera pilihan raya Pas Melaka di Bukit Katil pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan kerjasama politik yang pernah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau sebelum ini.Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, ke arah penyatuan itu, UMNO perlu mempunyai pendirian yang jelas dan tidak bersikap ‘dua kolam’."Masih tertanya-tanya status penyatuan ummah di Melaka. Kalau Akmal mahu dan sudah bersedia, buatlah perangai elok-elok."Parti dia pun janganlah ‘ding dong’ (berbolak-balik). Ajak kita berpakat, tetapi pada masa sama peluk DAP."Peluk DAP buat apa? Di belakang peluk DAP, tetapi di depan nak ngempas (bercakap besar). Mana boleh macam itu. Janganlah main dua kolam," katanya.Beliau berkata, harapan penyatuan ummah bukan kehendak Pas, sebaliknya merupakan tuntutan agama."Penyatuan ummah bukan kerana politik semata-mata, tetapi satu kewajipan. Itu perintah Allah SWT. Kita tidak boleh membiarkan perpecahan kerana ia akan melemahkan umat. Ini bukan harapan Pas tetapi harapan umat Islam," katanya.Ujar beliau, kepentingan kuasa politik orang Melayu dan Islam dalam negara ini penting demi kebajikan rakyat."Majoriti rakyat negara ini adalah orang Melayu. Sejarah menunjukkan kita menerima semua kaum dan hidup dalam keadaan aman dan damai tanpa aniaya sesiapa."Sebab itu penting kuasa politik berada di tangan orang Islam dan Melayu. Itu perjuangan kita sekarang," katanya.

Go to News Site