Collector
Pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO disambung reman | Collector
Pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO disambung reman
Sinar Harian

Pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO disambung reman

SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan memperoleh kebenaran menyambung reman seorang pendakwah bebas yang disyaki menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta.Perintah reman sehingga 1 Mei terhadap suspek berusia lingkungan 30-an dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Seremban pada Ahad.Permohonan dibuat susulan tempoh reman asal suspek tamat pada Ahad.Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.Pendakwah bebas itu ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO untuk kepentingan peribadi.Pada Sabtu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi bagi membantu siasatan kes tersebut. - Bernama

Go to News Site